Thursday, January 21, 2010

Rindu

Apa nak buat bila rindu?








eeerrrrrmmmmmm....mungkin


gambar hanya sekadar hiasan







* call die

*   message die

*   jumpa je die

*   intai die ke

*   buat mis col banyak2

atau...............

*   persetankan saja rindu yang datang tuh!

namun,



selalunya, nangis sahaja yang mampu dilakukan..............bila die dah jauh dari kite...............



Lupa yang kronik tahap dewa


Kejadian ni berlaku semalam, selepas solat zohor semalam...saya terburu-buru untuk kembali ke opis sebab risau dalam bilik yang saya lepak tuh, saya takut tak de orang, takut  lap top saya tinggal sorang2 kat situ...so dalam keadaan yang sedikit kelam kabut, saya menuju ke lift lobby...bila nak tekan butang lift tu, saya terlupa saya ditingkat berapa dan tak tahu nak tekan keatas atau kebawah untuk kembali ke opis di tingkat 4...jari telunjuk saya mundar mandir keatas kebawah, tak tahu nak tekan yang mana satu... tiba-tiba,

HAAHH!!! seorg kakak menegur saya, "nak kemana tuh?"

dgn wajah berseri-seri tersenyum kat saya....(malunyer la) dengan teragak2 saya menjawap,

"tingkat 4"...."atas...atas" kakak tu memberi arahan......

 hahahahahahahahahahahahahaha............. malunyer tak tau nak kata la.... rupa2nyer surau yang saya pergi tu berada ditingkat 3!!!

Love,

Alahai siannyer

Setiap pagi macam biasa la saya bangun tido bersiap-siap nak p keje...tapi pagi nih first time dengar orang hon kereta...lame giler sampai hon tu dah serak nak hilang suara...diganti pulak dengan bunyi hon yang baru (agaknya orang sebelah pulak sambung hon) memberi nafas baru, berharap tuan punya kereta yang memblok laluan kereta dia akan tersedar dari tidur dan mengalihkan keretanya...tapi kesian betul la....start dari pukul lebih kurang 6.30 pagi sampai la hampir pukul 7.00 pagi, tiada siapa pun yang turun mengalihkan kereta...kesian betul la...mesti dah lambat giler nak p keje, merah la punch card hari nih...

So siapa-siapa yang nak blok kereta orang tuh, ingat-ingat la untuk mengalihkan kereta awk pagi-pagi esok nye....coz dah tentu tuan punya kereta yang awak blok tuh nak kuar untuk p keje...
So, bak kata Nabil, lu fikirla sendiri!!!

p/s:
Terpikir jugak masa hon berbunyi tuh, aku ke yang blok kereta orang tuh......(selalu lupa parking kereta kat mana)

Love,

Wednesday, January 20, 2010

Parking Damanlela.... parking oh parking

Tension la!

Ku ingat panas sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari!!!

Tu la, seronok sangat bila dengar kawan cakap harga parking tak naik pun isnin lepas, ni yang frust menonggeng nih....ingatkan dah cancell rate baru, rupa-rupanya memang cancell rate baru tu, dan diganti plak dengan rate parking yang lebih advance...rasa nak demam dah nih, mulut dah terlopong membaca notis di tempat bayar parking tuh.... (ada kesempatan nanti, saya sertakan gambar sebagai bukti)...RM 6.00 untuk 2 jam pertama dan RM3.00 untuk setiap jam yang berikutnya! mana tak pening kepala...kalau dikira-kira, start parking kereta pukul 7.30 pagi, keluar parking dalam pukul 5.00 lebih petang...dah nak dekat 10 jam parking...2 jam pertama RM 6.00, 8 jam berikutnya dikalikan dengan RM 3.00 bersamaan RM 24.00, jumlah semua RM 30.00 sehari parking...fuh!...kayap aku!....seminggu 5 hari bersamaan RM 150.00 dan sebulan ada 4 minggu bersamaan RM 600.00!!!!!!! takkanlah nak habiskan duit RM 600.00 untuk parking sahaja!!! giler kan?....camne nak buat nih? tensionnyeerrrrrrr!!!!!!!

Kat area opis nih, kat sini la rate parking yang paling murah sekarang nih - RM 9.00 1 hari (rate ni pun sebenarnya saya tak larat nak bayar)...dah tak pilihan lain, nak tak nak kena jugak parking kat sini, terpaksa rela...tapi kalau parking yang ni pun dah naik harga terlalu tinggi, mana lagi nak parking, tak kan la nak parking merata-rata tepi jalan pulak, nanti kena saman pulak....hmmmmm....entahler, susah nak cakap....

p/s:
nak buat aduan kat rancangan tv3 yang terbaru tu, yang ada Karam SinghWalia tu - ADUAN RAKYAT...

Monday, January 18, 2010

Cuti-cuti Malaysia






Cuti-cuti Malaysia....

Masa ni la saya nak rest kan badan dan restkan otak, release tension... saya mengambil peluang bercuti menggunakan free voucer. destinasi melancong kali ini ialah Pulau Pangkor, Perak.... tapi tak syiok sikit sebab tak boleh bawak ibu dan anak2 buah, diorang dah start sekolah, nak bawak si Arif, wan nya takut pulak, takut bawak anak orang katanya.... so lastly hanya saya dan emak sahaja yang pergi bercuti..... huhuhuhuhuhuhuhu..... cam tak best jek... apa2 pun, kite p dulu barulah tau syiok atau tak.... tarikh pegi 23hb Januari 2010 ini, percutian 3 hari 2 malam.... di harap percutian ini berbaloi... Jom cuti-cuti Malaysia!!!

Love,

Rubic



Sekarang ni, saya tengah giler main Rubic, atau nama lainya magic cube (kot)...hehehehe
Dek kerana sekarang ni kerja umpama tak kerja, saya telah belajar bermain rubic ini untuk mengisi masa... mula-mula tu memang rasa susah ya amat, sampai kepala ni berdenyut sakit, mata pedih sebab terlalu asyik mempelajarinya.... setelah berhempas pulas selama beberapa hari akhirnya saya berjaya jugak... tak sia-sia belajar... sifunye pulak adalah yang terbaik... terima kasih s.......h!

Masa terbaik yang telah saya catatkan untuk menyelesaikan rubic ini adalah 2 minit dan 49 saat, tetapi masih tidak dapat melawan catatan masa sifu s.......h iaitu 2 minit.... akan aku usahakan...hehehehe...

p/s:
Woi Along! tak de kije lain ke????

.................... dulu aku pernah berjanji kepada seseorang untuk mengajarnya bermain rubic.... tetapi kini semuanya hanya tinggal dalam kenangan, kenangan yang paling indah didalam hidup aku.................dia adalah sesuatu yang paling manis pernah hadir di dalam hidupku................. semoga dia hidup bahagia.....

Love,

Demam parking

Ya Allah, sesak rasanye nafas ini, mana tak nye, saya telah mendengar ura-ura kadar parking di tempat kerja saya akan di naikkan, tiada lagi kadar lamsam 1 hari RM9.00, tetapi 2 jam pertama dikenakan RM6.00 dan setiap jam yang seterusnya dikenakan RM2.00....pening kepala, nyaris nak demam dibuatnya.. citernye bermula pada suatu hari seorang office mate saya bercerita tentang dia terbaca keluhan pengguna parking di opis kami di dalam sebuah akhbar tempatan, tentang kenaikan rate parking... saya pun telah membuat double checking dengan penjaga parking, katanya kemungkinan kenaikan tak akan berlaku... beberapa hari kemudian sebelum tarikh naik harga tersebut, saya bertanya lagi untuk mendapatkan pengesahan, dan dia menjawap kemungkinan start isnin depan... dalam hati mengutuk pasai... tak patut betul sebab kitorang ni adalah pengguna parking yang tetap disitu, hari-hari memang parking kat situ, tak de ke seoson parking untuk kitorang ni... memang tak patut... Saya dan house mate telah berpakat untuk berkongsi kereta untuk ke tempat kerja untuk menjimatkan lagi kos p keje nih... kawan saya ni akan hantar dan ambik kitorang berdua setiap hari... terima kasih n... jasamu ku kenang...

Dan hari ni, Isnin 18 jan 2010, saya telah mula menumpang kereta kawan untuk ke tempat kerja...

Dan nak tahu, balik dari opis tadi, saya telah menelefon kengkawan lain yang telah parking kereta kat tempat biasa tu, nak tanya macam mana, naik tak harga parking tuh.... dan alhamdulillah, dia kata harga maintain macam biasa... Ya Allah, bersyukurnya aku... terima kasih!!!!

Love,