Wednesday, June 30, 2010

Bola.....................

















Sekarang pantang ada game je, kedai mamak mesti penuh...mana tak nye, masing2 pasang layar putih hak yg besau tuh... semuanya untuk menarik minat peminat bola... sambil tu bisness makin kencang... sesekali teringin jugak nak lepak kat tmpat cam tuh... nak rasa suasana hangat piala dunia.. hik hik

p/s:
gambor dari Raub nih... team Majlis Daerah Raub...mantap... (gambar cilok dr org lain...hik hik... pandai2 lah nak idup yea)...

Go MDR!!!

MDR dalam kenangan...setiap sudutnya menggamit kembali kenangan manis yang pernah tercipta untuk aku.....rinduuuuuuuuu...... huhu   :-(

Love,






Baby....














C U T E !!!

Love,






Monday, June 28, 2010

Aku dan dia.......................



"Ya Allah, tabahkan hatiku mengharungi segala dugaan di alam perkahwinan ini"

Love,

Sunday, June 27, 2010

Sepi

Aku masih aku yang dulu
sama...
tiada yang berubah

mengisi hari setakat yang termampu
melalui hari dengan seadaanya
tetap sepi...

siapalah aku untuk meminta lebih
siapalah aku untuk mengharap lebih
siapa...


Hari hari yang sepi
akan terisikah?

Monday, June 07, 2010

balik kampung daa...

hhhhmmmm esok saya dah mula cuti...3 minggu...lamakan!
cuti kawin lah katakan...bukan apa, tunang kata dia cuti 2 minggu lepas nikah, saya pun follow lah...tak syiok la nanti dia cuti dan saya plak pi kije...tak aci lah kan....hik hik hik........adios!.....

Love,

Friday, June 04, 2010

Aku yang tak sempurna

aku yang tak sempurna
so jangan lah mengharap orang lain sempurna untuk aku
kerana aku pun tak sempurna
belajarlah menerima kekurangan diri
mensyukuri kelebihan diri sendiri
belajar menerima orang lain seadanya
dan insyaallah orang lain akan menerima aku

aku yang tak sempurna
jangan asyik meratapi kekurangan diri
kerana orang lain pun tak sempurna
mungkin apa yang kurang kat aku
orang lain lebih kat situ
mungkin apa yang lebih kat aku
orang lain kurang kat situ

aku yang tak sempurna
tak semestinya tidak bertemu bahagia
orang lain pun sama
yang terlebih sempurna dari aku
tak semestinya bertemu bahagia
masing masing dah ditentukan hidupnya
cuma jalan yang ingin ditempuhi, kita yang memilihnya
selebihnya kadaq dan kadar dari Nya

aku yang tak sempurna
pernah dahulu mengharap kesempunaan dalam semuanya
pernah dahulu hanya mengharap yang terbaik sahaja
pernah dahulu lupa yang aku ni juga tak sempurna

aku yang tak sempurna
tapi aku sangat bersyukur
kerana aku yang tak sempurna ni
masih merasai nikmat dari Nya
nikmat melihat, nikmat mendengar
nikmat bertutur, nikmat merasa
nikmat bergerak,nikmat2 lain
alhamdulillah

aku yang tak sempurna
namun aku sungguh bersyukur kepada Nya......................

Love,

If I were a Boy...Beyonce



Love,

...kalaulah lelaki macam yang digambarkan dalam lagu nih...(tapi jgn la ikut yg burok tuh)......mimpi la kot....
p/s: dlm mimpi pun belum tentu...

Sampai hati by Spring



Tergamaknya dirimu menghiris hatiku


Tidakkah di hatimu punya perasaan

Sampainya hatimu meninggalkan aku

Di manakah janjimu yang setia



Betapa sepinya perjalanan hidup ini

Di kiri kananku penuh duri cintamu

Sampainya hatimu membiarkanku rindu

Kau terus menghilang tanpa berita



1

Entah mengapa rindu di hatiku masih di dada

Bukannya mudah nak kulupakan

Adakah tanda aku masih menyinta

Sedangkan engkau entah di mana



2

Hanya Tuhan yang mengerti hati dan perasaanku

Di tengah malam syahdu hatiku merindu

Sampai hati kau pergi tanpa pedulikanku lagi

Aku berdoa agar engkau bahgia



3

Biarlah aku abadikan cintaku yang setia...

Oh... kekasih

Segala kenangan menjadi rinduan

Cinta di hatiku seperti dulu


hhhhmmmm.... beberapa hari lepas lagu nih keluar kat radio...dah lama gak tak dengar lagu nih... Setiap kali dengar lagu nih, mesti teringat kenangan bersama family, waktu arwah abah masih ada...kitorang sekeluarga pergi bercuti-cuti ke cameron highland...sepanjang perjalanan arwah abah pasangkan lagu Sampai Hati nih...sebab tu lah bila dengar lagu nih mesti teringatkan cameron highland...rasa macam nak pergi lagi...

Dulu lagu nih didengar hanya sebagai hiburan...tak pernah pun untuk cuba paham dan mengerti apa maksud bait-bait lirik yang dinyanyikan...tapi hari ini hati ku bagai disentak, dengan tiba2 aku terperasan yang lagu nih begitu hampir dengan kisah hidup ku...air mata menitis tanpa mampu ku sekat...terbayang segala-gala peristiwa yang dah terjadi dalam hidup...huhuhuhu :-( apa2 pun aku doakan agar dia hidup lebih bahagia...


hehe...jumpa aizat!




alkisahnyer...saya pegi kenduri anak buah pak ngah saya (abang kepada abah)...tup tup aizat ada luangkan masa (sebelum pegi konsert dengan rossa pada malamnya) ke majlis perkahwinan sepupu rapatnya...apa lagi saya pun ambil peluang bergambar dengannya...pada mulanya segan jugak, tapi nasib ada sepupu, abg ngah (menantu pak ngah) tolong snapkan gambar kenangan dengan aizat...






melopong tengok aizat...hik hik

tengok pengantin keeee... tengok aizat?


Aizat sempat nyanyi 1 lagu - Lagu Kita, ditujukan khas buat pengantin... fuhhh!!! memang sedap la suara dia, sebiji macam yang dia selalu nyanyi kat tv...no wonder dia ramai peminat, banyak dapat anugerah... :-)


aizat menyanyi sambil bercerita, beraksi...comel!


tinggi jugak aizat nih...


Love,










Thursday, June 03, 2010

"tidurlah wahai permaisuri"

gambar sekadar hiasan


eeerrrmmmm.... best nye la kalau dapat tidur... nak nak lagi pada waktu pagi semasa jam penggera menjerit menyuruh kita bangun dari tidur...waktu tu selalu berharap kalau dapat tidur sikit masa lagi...bila terbangun, nak tidur sikit lagi...lama lama terbabas...haahh!!! kelam kabut bangun nak kejar masa bersiap nak ke opis hik hik hik...itu lah yang terjadi kepada saya beberapa bulan yang lepas...dah la pagi tu kena bangun awal, nak bertolak dari kampung terus pegi opis...sepatutnya saya bertolak jam 6 pagi, kawan tunggu kat masjid Raub...tapi saya terbabas tidur, bangun pukul 5.45 pagi...fuhhh!!! terus je p bilik air , mandi dan bersiap...yang amazing nye saya berjaya menyiapkan diri dalam waktu yang paling singkat pernah saya buat - 15 minit settle...cam tak percaya kan....(mandi koboi)

jom! mari kita berkongsi sikit perihal tidur...

Amalan tidur yang sihat
Tukar tabiat anda :
Berhenti merokok
Jangan tidur pada siang hari

Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi

Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

Ubahsuai persekitaran tidur anda

Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain

Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa

Pastikan juga tilam dan katil anda selesa


Amalan sebelum tidur :
 Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)

Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur

Tidur bila rasa mengantuk

Berehat sebentar sebelum masuk tidur.

Simpan satu diari tidur

Catit jumlah jam dan kualiti tidur

Masa masuk dan bangun dari tidur

Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil

Elakkan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter

Love,

..................................kawin?


 


Love,