Monday, May 24, 2010

Kosong...

Kosong....
itu je yg aku rasa sekarang...
tiada apa2 perasaan di dalam hati...
semakin hari semakin aku tak pasti dengan hidup ini...
mulut berkata "tak de pape"
tapi sebenarnya ada sesuatu dalam hati ni
tak pasti kemana arah tuju hidup ku

sekejap fikiran berkecamuk dengan bermacam2 jenis soalan
sekejap fikiran ku kosong....
sekejap air mataku mengalir
sekejap aku ketawa sekehendak hati ku
betulkah aku nih?

hhhhmmmmm
macam nak luahkan sesuatu
pada seseorang
tapi aku tak mampu
siapalah aku untuk dia mendengar segala rintihan hatiku

kosongnya hidup ku sekarang
segala rutin yang biasa aku buat dahulu
tiba2 lenyap macam tu sahaja
seolah2 tak pernah ada
selalu aku rindu pada hari2 lepas
hari2 ku yang penuh dengan senyuman
hari2 yang membahagiakan aku
hari2 yang banyak meninggalkan coretan dalam hidup ku
terasa macam nak ulang semula

hari ini aku bercakap seorang
buat aktiviti sengsorang
tak pasti esok ada yang menemai
tak seperti hari2 ku dahulu
setiap yang aku buat
pasti ada yang memantau
ada yang menegur
ada yang memerhati
ada yang menemani
namun itu dahulu....

hhhmmmmmmmmmmmm sekarang
adalah aku yang kosong
tiada apa2 kenangan yang tercipta untuk aku kenang di hari esok
kosong sekosong nya....