Thursday, June 03, 2010

"tidurlah wahai permaisuri"

gambar sekadar hiasan


eeerrrmmmm.... best nye la kalau dapat tidur... nak nak lagi pada waktu pagi semasa jam penggera menjerit menyuruh kita bangun dari tidur...waktu tu selalu berharap kalau dapat tidur sikit masa lagi...bila terbangun, nak tidur sikit lagi...lama lama terbabas...haahh!!! kelam kabut bangun nak kejar masa bersiap nak ke opis hik hik hik...itu lah yang terjadi kepada saya beberapa bulan yang lepas...dah la pagi tu kena bangun awal, nak bertolak dari kampung terus pegi opis...sepatutnya saya bertolak jam 6 pagi, kawan tunggu kat masjid Raub...tapi saya terbabas tidur, bangun pukul 5.45 pagi...fuhhh!!! terus je p bilik air , mandi dan bersiap...yang amazing nye saya berjaya menyiapkan diri dalam waktu yang paling singkat pernah saya buat - 15 minit settle...cam tak percaya kan....(mandi koboi)

jom! mari kita berkongsi sikit perihal tidur...

Amalan tidur yang sihat
Tukar tabiat anda :
Berhenti merokok
Jangan tidur pada siang hari

Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi

Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

Ubahsuai persekitaran tidur anda

Gunakan bilik tidur hanya untuk tidur dan aktiviti seksual sahaja dan bukan untuk aktiviti lain

Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa

Pastikan juga tilam dan katil anda selesa


Amalan sebelum tidur :
 Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)

Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur

Tidur bila rasa mengantuk

Berehat sebentar sebelum masuk tidur.

Simpan satu diari tidur

Catit jumlah jam dan kualiti tidur

Masa masuk dan bangun dari tidur

Jenis makanan, minuman dan ubatan yang diambil

Elakkan dari membeli ubat tidur terus dari kaunter

Love,

..................................kawin?


 


Love,