Saturday, October 17, 2009

Cameron Highland...i'm coming!!!



Kami ke CH ikut jalan baru, saya rasa tak ramai yang tahu jalan ni... boleh dikatakan semasa didalam perjalanan ke CH, hanya 2-3 kereta yang kami selisih dalam 1 masa... untuk ke CH daripada Raub, perlu melalui Felda Tersang, Sungai Koyan (kampung chef wan) dan masuk ke simpang Pos Betau (penempatan orang asli)... 3/4 perjalanan melalui jalan bertar dan yang selebihnya perlu melalui jalan tanah merah yang berbukit bukau didalam kawasan construction jalan baru... jom kita tengok gambar...




 

 




 

 

 


 
perjalanan di atas tanah berakhir disini... pekan pertama yang kami masuk adalah Ringlet, Cameron Highland.

 



cantik... macam satu kompleks yang besar...



Ringlet, Cameron Highland




Wan memandu disepanjang perjalanan ke CH

Saya tak sangka, jalan baru yang kami ikut ni sungguh mendebarkan diakhir2nye...perjalan an yang menempuhi bukit bukau disepanjang sungai, melalui lereng2 bukit yang menyeramkan...saya termenitiskan air mata sebab seriau apabila wan memandu begitu hampir dengan tebing.. masing2 riuh rendah di dalam unser kerana ketakutan... hhmmm kalaulah unser tu boleh bercakap, dah lama dia akan suruh kitorang ni diam..heheh


waktu ni perjalanan masih cool..jalan tar dan cantik, sesekali sahaja bertemu dengan jalan yang mendap atau runtuh sebahagian kecilnya... erm patut r boleh tido si angah tu



wan memberhentikan unser untuk memberi peluang kepada saya mengambil gambar pokok balak nan sebatang...besar jugak pokok ni, kalau nak dipeluk, mau ada 3 pemeluk...




ibu menggelarkan pokok ini 'pokok tangan menadah'

Kami sampai ke kawasan Ringlet lebih kurang pukul 2 lebih..sampai2 je kami terus carik stesen minyak, bukan bertujuan nak refill minyak unser, tapi nak membuang isi dalam perut masing2...heheheheh

Cameron Highland, I'm coming!!!

Love,

Friday, October 16, 2009

Nak p Cameron Highland

Hhhhhmmmm....
Bertemu kite kembali... susahnya nak update blog nih... ni dapat kesempatan mengupdate kat Cameron Highland... Jauhkan...heheh

Hari ni pagi2 lagi kitorang dah bangun bersiap2 nak p Cameron Highland.. maklong nye yang bangun paling lambat...bukan apa, semalam tertido lambat sikit, dalam lbh krg pukul tiga pagi baru mata ni terlelap, banyak ngat yang dipikirkan..

Cadang nak bertolak pukul 9 pagi, tapi disebabkan ada perkara yang memang tak boleh dielakkan, maka kami bertolak hampir pukul 11 pagi...

Malam sebelum bertolak, saya menolong ibu menyiapkan pakaian si kakak dan angah... dalam sibuk2 tu, si arif turut menyibuk bertanyakan baju yang akan dia bawak ke CH... Seronok melihatkan gelagat diorang..






Gelagat si arif mencuba stokin yang baru ibu beli...

 





 

Masing2 dapat baju sejuk sorang satu...baju sejuk zaman berzaman, dari zaman adik2 saya masih kecik, dibawa pulak hingga ke zaman ini..dipakai pulak oleh anak2 buah...wan la yang pandai menyimpan dan menjaga baju2 lama nih, wan memang cermat orangnya...si angah dapat baju sejuk andak, si kakak dapat baju sejuk acu...cuma baju sejuk uda je yang hilang tanpa dapat dikesan lagi...mana ntah uda 'campak'...hehehe



uda mencuba baju sejuk...
baju tu dah kecik, tapi muat pulak kat badan dia... kurus ngat uda nih...




waktu pagi ketika sedang sibuk menyusun barang dalam unser




saya sempat berposing dengan uda


Love,



Wednesday, October 14, 2009

Hai

Hhhhmmmmmm....
assalamualaikum.

Rasanya dah lama giler tak update blog nih.. sejak 2 minggu lepas, inilah entry yang pertama saya buat..bukan malas, tapi nak dapatkan line internet tu susah sikit.. kat opis, facebook, blog dan yang seangkatan dengannye telah diblock.. erm bosan kan.. internet boleh access, tapi setakat boleh bukak yahoo, wikipedia.. tu je.. sekarang nih pun lepak kat McD, barulah dapat buat entry baru.

Sebenarnya banyak yang nak diceritakan, tapi bila dah dapat waktu, hilang plak segala citer yang nak di sampaikan...huhuhu

Hhmmm kita rileks dulu.. buat order kat kaunter (kalau tak order, apa plak kata bebudak McD ni nanti)

Love,