Saturday, October 17, 2009

Cameron Highland...i'm coming!!!



Kami ke CH ikut jalan baru, saya rasa tak ramai yang tahu jalan ni... boleh dikatakan semasa didalam perjalanan ke CH, hanya 2-3 kereta yang kami selisih dalam 1 masa... untuk ke CH daripada Raub, perlu melalui Felda Tersang, Sungai Koyan (kampung chef wan) dan masuk ke simpang Pos Betau (penempatan orang asli)... 3/4 perjalanan melalui jalan bertar dan yang selebihnya perlu melalui jalan tanah merah yang berbukit bukau didalam kawasan construction jalan baru... jom kita tengok gambar...




 

 




 

 

 


 
perjalanan di atas tanah berakhir disini... pekan pertama yang kami masuk adalah Ringlet, Cameron Highland.

 



cantik... macam satu kompleks yang besar...



Ringlet, Cameron Highland




Wan memandu disepanjang perjalanan ke CH

Saya tak sangka, jalan baru yang kami ikut ni sungguh mendebarkan diakhir2nye...perjalan an yang menempuhi bukit bukau disepanjang sungai, melalui lereng2 bukit yang menyeramkan...saya termenitiskan air mata sebab seriau apabila wan memandu begitu hampir dengan tebing.. masing2 riuh rendah di dalam unser kerana ketakutan... hhmmm kalaulah unser tu boleh bercakap, dah lama dia akan suruh kitorang ni diam..heheh


waktu ni perjalanan masih cool..jalan tar dan cantik, sesekali sahaja bertemu dengan jalan yang mendap atau runtuh sebahagian kecilnya... erm patut r boleh tido si angah tu



wan memberhentikan unser untuk memberi peluang kepada saya mengambil gambar pokok balak nan sebatang...besar jugak pokok ni, kalau nak dipeluk, mau ada 3 pemeluk...




ibu menggelarkan pokok ini 'pokok tangan menadah'

Kami sampai ke kawasan Ringlet lebih kurang pukul 2 lebih..sampai2 je kami terus carik stesen minyak, bukan bertujuan nak refill minyak unser, tapi nak membuang isi dalam perut masing2...heheheheh

Cameron Highland, I'm coming!!!

Love,