Wednesday, February 10, 2010

Majlis........

6 Februari 2010, Sabtu

Hari ini hari yang bersejarah bagi saya, satu majlis telah diadakan di rumah mak saya di Kampung Gali Hilir, Raub, Pahang...saya dengan rasminya telah menjadi tunangan orang...asalnyer majlis yang dirancang adalah majlis merisik, tetapi kemudian bertukar menjadi majlis pertunangan...bercampur baur perasaan ni, kerana memang kalau boleh saya tak nak bertunang, cukuplah setakat tanda sahaja, tapi dek kerana kehendak orang tua, saya ikutkanlah jugak...nasibla Megat (tunang) tak komen apa2 kerana sebenarnya pada awalnya kami dah bersetuju tak mau tunang...pertunangan hanya diiringi dengan buah tangan daripada pihak lelaki beserta sebentuk cincin merisik dan sebentuk cincin tunang...(mak sempat siapkan beberapa buah tangan untuk membalas buah tangan dari pihak lelaki...caiya la mak, last2 minit pun jadik...tabik mak!)...





salah sarung cincin...hik hik hik...



pastu tanggalkan dan sarung semula kat jari sebelah kiri...



chu maarop jadi org kuat sebelah pompuan (berbaju pink)




nak balik dah


syukur semua dah selamat.............




Wedding Countdowns at WiddlyTinks.com

Love,


Kenangan di Pangkor Island, Lumut, Perak Darul Redzuan

23 -25 Januari 2010... first time saya sampai kat Pulau Pangkor, bertolak seawal 8.30 pagi dari Raub, Pahang dan sampai kat Pangkor lebih kurang pukul 2.00 petang...

Pergi Pangkor dengan mak, nak ajak husband, tak kawin lagi huhuhuhu... kalau tunggu kawin, pakej free ni expired bulan Februari 2010... tak boleh tunggu dah... kena pi jugak sebelum expired date sampai, kalau tak rugilaaaaah hamba...(p dgn mak pun best, bila lagi nak hiburkan hati orang tua ni)

Sampai je kat Pangkor, kami terkam dulu kedai gambar, mak nak beli bateri (charger bateri tertinggal kat rumah)... lepas tu p carik tempat parking kereta... nasib baik tempatnye selamat, parking kat tingkat atas, berbumbung dan yg penting harganya berbaloi-baloi (parking 3 hari RM 18.00)...

Naik feri ke Pulau Pangkor cuma RM10.00 seorang pergi dan balik...murah kan!!! :-) .. kami bertolak pukul 3.oo petang... sampai je kat Pulau Pangkor, kami naik teksi van, RM10.00 jugak kemana2 destinasi dalam Pulau Pangkor tuh... tak perlu tunggu ramai orang memenuhkan teksi, 2 orang sudah memadai untuk teksi tu bergerak (kebetulan pelancong tak ramai, bukan cuti umum, so pemandu teksi tak berkira sangat)...

Sampai je kat Puteri Bayu Resort, Pasir Bogak, kami terus p check-in, ingat nak baring2 je sebab dah letih travel... tup2 kena keluar jugak petang tuh, p carik telekong...al-kisahnyer sebelum bertolak ke Pangkor, saya dah masukkan telekong saya ke dalam beg, tiba2 mak kata dia nak bawak telekong dia dalam 1 beg kecil, so saya pun keluarkan la telekong saya, nak dijadikan cerite, masa parking kete kat Pangkor sebelum naik feri, baik saya mahupun mak tak teringat langsung nak capai beg kecik yg ada telekong tuh, maka tak bertelekong la kami kat Pulau Pangkor tuh... petang tuh jalan kat kawasan sekitar je carik telekong, tapi tak jumpa... malam tuh mak solat guna baju jubahnye, pakai sarung kaki dan inner untuk menutup tangan...kelakar je tgk mak...

Hari keduanye, kami kuar pagi2 lagi, p carik kete sewa, jumpa la satu kete cina ni, RM60.00 sewa sehari... mulanya nak ambik jugak, tapi tiba2 ada uncle teksi van ni usulkan supaya kami sewa van aje RM60.00 untuk 2-3 jam pusing2 Pulau Pangkor, katanye tak perlu sewa kete sehari suntuk untuk pusing PP sebab PP ni kecik je, sekejap pusing dah habis.. setelah berbincang dgn mak, kami setuju naik teksi van. Kami dibawa ke Tanjung Nipah (betul ke nama tempat nih?) untuk naik bot laju pusing2 pulau sekitar PP, kemudian ke Tokong Cina untuk tgk replika tembok cina (tak masuk kedalam pun, tgk kat luar je sekejap), lepas tu p Kota Belanda, kat sini kami bergambar puas2 sbb tempatnye cantik...kemudian kami dihantar pulang ke hotel pada lbh kurang pukul 12.00 tgh hari... sepanjang tengah hari tu, kami berehat kat tepi pantai, berbuai2 di bawah pokok2 yang rimbun, angin bertiup kuat, seronok sgt lepak kat situ.

On the way naik bilik, saya terjumpa surau kat hotel tu... alhamdulillah, tak terpikir pulak ada surau, start dari sini kami solat kat surau je la, tak la sibuk2 lagi nak p carik telekong...hehehehehehe....

Petang tu kami keluar p makan malam kat Ilham Tomyam Sea Food dan malamnye lepak kat tepi kolam renang sambil mendengar nyanyian karaoke penyanyi hotel Puteri Bayu Resort...sedap suaranya dan lagu2 oldiest dan evergreen, light and easy...syiok mak saya layan lagu2 lama nih...saya pun suka lagu2 light n easy nih...layannnn...

Hari terakhir di PP, kami check-out pukul 11.00 pagi, kuar awal sikit sebab nak makan tgh hari kat jeti, pastu nak p beli lagi sourvenier untuk kawan dan family. pukul 1 @ 2 ptg, kami naik feri pulang ke Pangkor darat... kat sana pun kami singgah beli cenderahati (tak cukup2 membeli) hehehe...

Kesimpulannye, Pulau Pangkor ni sesuai untuk percutian rehat2, bersantai2, bukan tempat membeli belah... siapa yg nak membuat aktiviti lasak, bolehlah datang sini... kita boleh berkayak, naik bot laju, naik banana bot, scuba diving... tempat ni jugak selalu menjadi destinasi untuk membuat kursus2...syiok jugak la sepanjang berada disini, cuaca pun cerah menemani saya dan mak berehat kat sini....

Jom layan gambar....

mula2 sampai kat Pangkor


bergambar di jeti sebelum naik feri


dah sampai Pulau Pangkor


inilah bilik penginapan kami sepanjang 3 hari 2 malam


kat kolam renang Puteri Bayu Resort


mak posing kat depan hotel


ermmm...katil bersepah...hik hik hik... tak pe ada orang kemaskan


bye...nak kuar p jln2


ronda2 naik bot...sampai kat batu 'ikan paus'


mak dan saya...


kat salah sebuah pulau kecik sekitar pangkor








kat Kota Belanda








berehat di tepi pantai


hidangan makan malam pada hari kedua di Pulau Pangkor
nasi putih


kailan ikan masin


telur dadar (menu wajib)

ikan siakap 3 rasa

lai chi kang panas

perghhhhh.... makan kat sini memang best, marvellous (betoi tak eja?), excellent, bravo... kat sinilah saya rasa kailan ikan masin paling umpphh, lai chi kang yang sedap dan paling saya rasa berbaloi apabila membayar RM25 siakap 3 rasa yang memang the best of the best.....saya recomend makan kat sini:-

ILHAM TOMYAM SEA FOOD

p/s:
nasib baik la tak angkut semua anak buah, kalau tak tak tau la nak suruh tidoq kat mana, bilik free tu kecik je, muat dua orang je...issshhhh..

Love,

layan TARI TIRANA

---TARI TIRANA---
dari kiri Neo, Tirana, Chika dan Ash
(suke giler citer ni)


Aduss!...pedih mata ni... semalam layan citer TARI TIRANA... Neo dah mati, puas da menangis... tak syioknyer kalau hero mati...huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhu.......... kesian kat Tirana, kalau saya kat tempat dia, tak tau laaa.... tapi citer ni memang best... mula2 ingat citer ni citer ringan je, tapi lama2 dah rasa macam berat la plak... tak sangka la plak citer ni boleh jadi macam ni...tapi kat akhir citer malam tadi, selepas Tirana cakap dia cintakan Neo, macam terdengar suara Neo cakap dia cintakan Tirana jugak....jeng jeng jeng.... Neo sebenarnyer tak mati ke? ke ini semua adalah rancangan Neo untuk memastikan samada betul2 Tirana cintakan dia, atau ni adalah rancangan Ash untuk mendapatkan semula Tirana, atau ayah Tirana menghalang cinta diorang sampai terciptalah rancangan yang konon2nyer Neo dah mati supaya Tirana tak dapat kawin dgn Neo???... kita tengok minggu depan...jeng jeng jeng................


Love,