Tuesday, February 23, 2010

Aku bermohon pada Mu ya Allah.......

"Ya Allah hamba memohon agar Tuhan memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Dan hamba memohon Tuhan memberikan kepastian dan ketentuanMu dan hamba memohon dengan kemurahan Tuhan yang besar lagi agung. Kerana sesungguhnya Tuhan yang berkuasa, sedang hamba tidak tahu dan Tuhanlah yang maha mengetahui bahawa persoalan ini baik bagi hamba, dalam agama hamba dan dalam kehidupan hamba, dan baik pula akibatnya bagi hamba, maka berikanlah perkara ini kepada hamba dan permudahkanlah ia bagi hamba, kemudian berilah keberkatan bagi hamba di dalamnya. Ya Allah, jika Tuhan mengetahui bahawa sesungguhnya hal ini tidak baik bagi hamba, bagi agama hamba dan bagi penghidupan hamba, dan tidak baik akibatnya bagi hamba, maka jauhkanlah hal ini daripada hamba, dan jauhkanlah hamba daripadanya. Dan berilah kebaikan ini di mana sahaja hamba berada, kemudian jadikanlah hamba orang yang rela atas anugerah-Mu"



Love,










BIG APPLE

Astaghafirullah hala'zimmmmmmmm.....

Tak tau la kenapa sekarang ni saya suka sangat makan donut BIG APPLE tuh! ntah apa dia letak kat dalam tuh, sampai saya tak boleh tahan diri untuk makan.... kalau ada je kawan yang nak p beli donut tuh, mesti saya menyelit menumpang sama...hik hik hik.... tembam la saya duduk kat sini....huhuhuhuhuh.... perut dah berlapis2 dah ni... apa nak jadi, sendiri la pikir...

Hari ni kawan saya nak p dating, kawan yang lagi satu pesan donut, saya sedaya upaya untuk tahan diri untuk tidak makan donut lagi... tapi tewas jugak akhirnya bila dia kata "sekarang ni memangla dah kenyang, tapi petang nanti lapar, camne????".... aduih!!! kalah saya dibuatnya....

Tapi bila sampai je donut tu didepan mata, saya cuba buat2 tak tahu, ingat nak tahan diri, biar sampai rumah baru ngapp dgn budak rumah.... tapi (tapi lagi) lepas je solat, terus ternampak kotak donut yg dah terbukak...apa lagi, terus je ngap, langsung lupa pasal niat nak kongsi donut tu dengan budak rumah...hehehehehe....teruk la along ni!

p/s:
tapi (lagi lagi tapi) sekurang-kurangnya niat yang baik tuh ada, setiap niat yang baik tuh dah dapat pun pahalanye....ye tak?


 





Love,