Tuesday, March 30, 2010

Arif buat kezutan

Buntat bucuk mak long....Arif Hakim...










Tiba2 Arif nak potong rambut! menangis2 dia kat lantai kedai gunting rambut tu, tak nak keluar, katanya adik nak gumting rambut...mungkin sebab dia tengok si angah dah hensem berambut pendek dan kemas...

Dulu, ibunya citer pernah diorang p ramai2 gunting rambut, si Arif kata abah g la dulu, lepas tu dia suruh angah pulak p dulu...bila sampai turn dia, dia kata "jum alik"......hik hik hik...kecik2 dah pandai auta

Love,

Friday, March 26, 2010

Kursus oh kursus

Hari ni dah masuk hari ke-5 saya berkursus di INTAN Bukit Kiara...rasa panjang sangat kursus ni, tapi tup tup dah 5 hari kat sini...memang dunia sekarang terasa terlalu cepat sangat berlalu, pejam celik dah nak mengakhiri bulan Mac 2010...sebenarnya masih rasa seolah-olah baru semalam kita memperkatakan tentang Y2K....

Saya berkursus selama 3 minggu kali ini.... Kursus Pengurusan Projek.... terus terang saya katakan, saya tak tahu apa-apa pun tentang pengurusan projek ni....tapi tak pe lah...kita belajar, daripada duduk sahaja kan, lebih baik belajar sesuatu....

Love,

Friday, March 19, 2010

Ya Allah....aku bermohon padaMu




Doa Terhindar dari Kesulitan dan Penderitaan

Biismillaahi 'alaa nafsii wa maalii wa diinii, allaahumma radhinii biqadhaa'ika wa baarik lii fiimaa quddiralii hatta laauhibbaa ta'jiila maa akhkharta wa ta'khiira maa 'ajjalta

Artinya : Dengan nama Allah atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusan-Mu dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan ubun-ubunku dalam tangan-Mu, berlakulah atasku hukum keputusan-Mu dan adillah atasku segala taqdirmu. Aku mohon pada-Mu dengan segala nama yang jadi milik-Mu yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluq-Mu, atau yang Kau simpan dalam perbendaharaan ghaib di sisi-Mu kiranya Engkau jadikan kitab al-Quran jadi kesuburan hatiku dan cahaya dadaku serta menjadi tempat melepaskan segala kesusahanku dan menghilangkan dukacitaku. (HR. Ahmad dan Ibnu Gibban)
 
 
 
Doa Mohon Ketenangan Dalam Menghadapi Musibah
Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika


Artinya ; Ya Allah, berilah kami hati yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan dengan-Mu dan ridiha menerima segala ketetapan-Mu



Doa Dimudahkan Segala Urusan


Allaahumma innii as-aluka tamaaman ni'mati fil asy-yaa'I kullihaa wasy syukra laka 'alayhaa hattaa tardhaa wa ba'dar ridhaa, wal khiyarata fii jamii'I maa yakuunu fiihil khiyaratu wa bijamii'I masyuuril umuuri kullihaa laa bima'suurihaa yaa kariimu.

Artinya : Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu kesempurnaan ni'mat pada segala perkara dan mensyukuri-Mu atasnya, sehingga Engkau ridha dan sesudah ridha itu lalu aku mohonkan pula kepada-Mu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih dan dengan segala kemudahannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakannya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia.


Doa Diberi Kesenangan Hidup
Allahumma ashlih lii fii diiniil ladzii huwa 'ishmatu amrii wa ashlih lii dun-yaayal latii fiihaa ma'aasyi wa shlih lii aakhiratil latii fiihaa ma'aadii waj'alil hayaata ziyaadata lii fii kulli khayrin wajalil mawta raahatan lii min kulli syarrin.
Artinya : Ya Allah, baguskanlah untukku agamaku yang jadi pangkal urusanku, baguskan pula duniaku yang jadi tempat penghidupanku, dan baguskanlah akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti, jadikanlah hidup tu menjadi bekal/tambahan bagiku dalam segala kebaikan, serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku. (HR. Muslimin)


.....Ya Allah...aku bermohon padaMu..........
 
 

Coba teka 2 apa

Amende ni ek?

benda nih boleh dijadikan alat mencuci pinggan...
dan juga kegunaan waktu mandi...???





Love,





Thursday, March 18, 2010

Bunga

Hari tu, sedang saya berbaring-baringan di atas lantai rumah mak kat kampung, saya ternampak lah bunga warna pink yang sangat cantik pada pandangan mata saya nih, terus je badan yang sejak sekian lamanya bermalas-malasan di lantai terus bangun dan bagaikan magnet, secara uatomatik saya terus mendapatkan kamera, niat di hati nak merakamkan bunga yg satu tu je....tapi bila dah keluar rumah, saya dapati banyak lagi bunga yang ditanam oleh mak yang selama ini tak mendapat perhatian daripada saya, kini telah menambat hati saya.....(apalagi, terus je snap snap snap.....)...rajin mak tanam bunga....patutla kalau dia out-station, dia selalu pesan kat anak dia supaya siramkan pokok2 bunga tersebut....sayang betul dia pada pokok bunganye....layan....

ni la bunga yg telah menambat hati ini


mini garden mak


bunga kertas








lagi bunga kertas...



Love,










Friday, March 05, 2010

Along mc...pulak!

Errmmmmm.... lama betul saya bercuti kali ni, dari hari jumaat 26 Februari sampailah 3 Mac....6 hari tu!!! orang lain dah keje Isnin tu, saya pulak baru start cuti sakit 3 hari... citer nye pada pagi Jumaat tu, sedang saya sibuk menyiapkan diri untuk hantar si kakak pergi buat kerja sekolah kat rumah cikgunya, tiba2 kaki saya tersepak / terlanggar dengan kuat kaki / tiang katil... menganga2 saya menahan sakit....tapi tak lama lepas tu kaki ok pulak...dapatla saya hantar kakak ke rumah cikgunya...pastu saya ajak si angah pegi ke pekan Raub, teman saya mencari sedikit barang keperluan diri dan barang makanan...dapat si angah makan roti canai 2 keping (kuat betul makan)... petang tu saya balik rumah, memasak, sibukla saya ni buat itu dan ini, tak duduk diam kat dalam rumah tu...
Malam tu saya dah mula terasa sakit kaki, tapi saya buat tak tahu jek sebab rasa macam tak serius pun...rasa2nye macam boleh je tahan sakit yang sikit tu...tapi bila saya dah masuk tido, kaki tak boleh nak parking atas katil, pusing sana pusing sini carik tempat yg strategik, tapi kaki semakin sakit...saya try jalan, mak aaaiiiiiiiii, sakit giler, kaki tak boleh nak memijak langsung, terus posisi badan saya bertukar jadi macam nenek kebayan, nenek kebayan pun tak jalan sebongkok saya...air mata dah bergenang, tak boleh dah nak tahan sakit, kene buat tahu jugak pasal kaki nih...terus saya ajak ibu pegi ke hospital besar di tengah2 malam buta tuh...nasib la dia ibu yg sporting, lepas dia pastikan yg si arif tu betul2 tidur, ibu pun hantar la saya ke hospital...saya berjumpa doktor tepat2 jam 1 pagi hari sabtu...dapatlah ubat tahan sakit, antibiotik dan bandage kaki...rasa lega sikit sebab kaki dah di bandage....malam ni boleh tido la...
Pagi sabtu tuh saya sempat lagi membuat nasi goreng udang...nak bawak bekal ke kuantan, ada kenduri kawin sepupu...save sikit budget, tak yah berhenti makan kat perhentian atau kat kedai (hehehehehe)...siap je goreng nasi, adik yg keje kat bukit beruntung pun dah sampai, kami pun bertolak la ke kuantan lbh krg jam 10 pagi...masa nih kaki tak sesakit malam tadi, tu yg gagah jugak p kuantan....
Masa kat kenduri tu saya tak dapat la nak tolong beriya2, disebabkan 2-3 jam kaki bergoncang kat dalam kereta tuh, dia sakit semula, pantang salah langkah, berdenyut2 sakitnye...maka saya hanya dapat mendudukkan diri aje dalam majlis kawin tuh...
Esoknye pada hari ahad, on the way balik ke raub, kami sempat singgah ke cowboy kuantan dan cowboy temerloh...carik brg2 kawin, habis lah dalam 4 rat hari tuh, mcm puas je berbelanja, sessi menghilangkan stress tuh... dalam sakit kaki tu, saya kuatkan jugak semangat mencarik barang yang diperlukan, heret kaki pun heret la, janji dapat apa yg di rancangkan...kalau tak bila lagi nak pegi beli barang, tak kan nak p lain kali pulak kan, kebetulan lalu, rembat je la... sambil berenang minum air...save lagi budjet!
Habis je sessi menghilangkan stress tuh, kami pun balik la ke raub, masa nih kaki dah membengkak, menggelembung, merah...panik jugak saya dibuatnye, teringat apa kata doktor semalam yb lebih kurang mcm nih "bersungguh betul awak tendang tiang katil tuh!"...hehehe nak wat cam ne, dah nak terkena, kuat pulak tuh, saya ni selalu jugak langgar barang2 kat rumah, selalunye hanya sakit sikit2 je, paling tidak pun hanya lebam2 je, tapi kali nih yg paling teruk...
Pagi isnin tuh saya terpaksa pegi semula ke hospital, nak cek semula kaki sebab bengkak tak surut2...ramai pulak org hari tu, saya ambik nombor lbh krg pukul 10 pagi, pukul 12.30 tgh hari baru sampai turn saya berjumpa doktor...jenuh tunggu...jumpa je doktor, dia tanya saya serba sedikit, tengok sikit kaki, pastu terus dia suruh saya pegi x-ray... mujur saya sempat pegi x-ray sebelum hosp tutup waktu rehat... petang tu dalam pukul 2, saya masuk semula hosp, cepat2 masuk sebab nak rebut jumpa doktor, tapi dalam pukul 3 baru berpeluang jumpa doktor semula, rupa2nye doktor2 nih baru keluar rehat pukul 1.40 ptg disebabkan pesakit yg terlalu ramai...kesian doktor2 nih... berdebar2 jugak jumpa doktor nih, first takut kalau bila dia tengok x-ray saya tuh, kaki saya retak ke...second takut nak mintak mc, takut dia tak kasi...saya try mintak mc 2 hari dengan alasan kaki masih sakit dan tak boleh lagi drive balik ke KL, dia senyap je sambil menulis dan tiba2 dia kata "biasanya saya bagi cuti 3 hari".......leganya, bolehla betul2 rehatkan kaki ni sebelum balik ke KL....




p/s:
Rupa2nye, kene balik dengan kawan serumah / satu tempat keje dan sekampung, mujurlah dia ada, kalau tak ambik cuti lagi la saya sebab kaki tak ok lagi huhhuhuhu.... (kebetulan dia pun mc sakit kaki, biasa la org mengandung, mungkin tak cukup kalsium)


Love,