Monday, January 18, 2010

Demam parking

Ya Allah, sesak rasanye nafas ini, mana tak nye, saya telah mendengar ura-ura kadar parking di tempat kerja saya akan di naikkan, tiada lagi kadar lamsam 1 hari RM9.00, tetapi 2 jam pertama dikenakan RM6.00 dan setiap jam yang seterusnya dikenakan RM2.00....pening kepala, nyaris nak demam dibuatnya.. citernye bermula pada suatu hari seorang office mate saya bercerita tentang dia terbaca keluhan pengguna parking di opis kami di dalam sebuah akhbar tempatan, tentang kenaikan rate parking... saya pun telah membuat double checking dengan penjaga parking, katanya kemungkinan kenaikan tak akan berlaku... beberapa hari kemudian sebelum tarikh naik harga tersebut, saya bertanya lagi untuk mendapatkan pengesahan, dan dia menjawap kemungkinan start isnin depan... dalam hati mengutuk pasai... tak patut betul sebab kitorang ni adalah pengguna parking yang tetap disitu, hari-hari memang parking kat situ, tak de ke seoson parking untuk kitorang ni... memang tak patut... Saya dan house mate telah berpakat untuk berkongsi kereta untuk ke tempat kerja untuk menjimatkan lagi kos p keje nih... kawan saya ni akan hantar dan ambik kitorang berdua setiap hari... terima kasih n... jasamu ku kenang...

Dan hari ni, Isnin 18 jan 2010, saya telah mula menumpang kereta kawan untuk ke tempat kerja...

Dan nak tahu, balik dari opis tadi, saya telah menelefon kengkawan lain yang telah parking kereta kat tempat biasa tu, nak tanya macam mana, naik tak harga parking tuh.... dan alhamdulillah, dia kata harga maintain macam biasa... Ya Allah, bersyukurnya aku... terima kasih!!!!

Love,

No comments: