Friday, April 30, 2010

Sinetron Filipina

Dyesebel


Dyesebel...Fredo

Dyesebel...Lucia...Bukanding





















Erebus



Inang Banak...Bukanding...Buboy

Marian Rivera / Dyesebel

Aaaaaaaaaaa....geram...minat giler dgn citer ni, tapi selalu tak dapat tengok sebab kat rumah sewa ni tak der Astro, bila balik kampung jer aku ada peluang tgk, layan maraton Dyesebel 3 jam berturut2 pada malam hari sabtu.....hhhmmmm tapi itu dulu la sebelum siarannya dihentikan terus...aku dah tak de peluang nak tgk...lagi sedih bila citer tu dah pun habis beberapa minggu lepas...huhuhu...nak carik cd nye...tak kiralah berapa pun harganya, aku akan beli, janji hati puas....so, start dari ari nih, aku nak cari cd nye sampai dapat.....

Nak carik cd, nak carik cd....
nak carik cd, nak carik cd.............

p/s:
boleh ke tidak aku berjumpa dgn cd Dyesebel nih? #$=*&$***!+

Love,

Fa oh Fa...

Start dari hari Isnin yang lepas (26 April 2010) hanya saya dan housemate sahaja tinggal dalam rumah sewa kami tuh....Fa yang jugak housemate saya, office mate dan kampung mate saya dah pun dimasukkan ke wad bersalin gara2 air ketubannya dah pecah dan laluan dah terbuka 1 cm...Fa ditahan dalam wad, doktor tak benarkan dia keluar dari hospital sebab takut akan terkena jangkitan kuman...kesian Fa...tak dapat join ke majlis anugerah perkhidmatan cemerlang pd 28 April lepas...tambah kesian lagi apabila dia dah beli baju, kasut dan handbag baru untuk ke majlis tuh...last2 saya sorang je yg pergi...huhuhuhu nasib la tunang ada sudi menemankan...dia la yang menceriakan hari saya....terima kasih Megat! :-)

Tengah hari ni saya dah berpakat dengan Nora, nak p tengok Fa...termasuk hari nih dah 5 hari Fa ditahan, bosang dah dia kat dalam wad tuh....Mia tak keluar2 jugak...saya ingat Mia akan dikeluarkan semalam...sama lah hari jadi dia dgn saya nanti...tapi Mia tak keluar2 jugak...huhuhuhu...lambatnyer!...jenuh Mak Long tunggu aok Mia.... (sedap je aku panggil baby Fa tuh Mia...hik hik hik)

Love,

Thursday, April 08, 2010

Kenangan

Kenangan di kursus pengurusan projek...Isnin 4.4.2010

nak sambut harijadi najwa dan shahrul



dari kanan Umi, Fa, En. Yunus, Tuan Haji (tersorok), En. Landskap, Kak Ros



Shahrul dan Najwa tgh potong kek




Mr. Khor, Iza dan Umi





pemandangan didalam INTAN...cantik!


ni la tmpat mkn kat INTAN yg saya rasa best sgt...


Hari ni second last day saya kursus kat INTAN Bukit Kiara nih... pagi ni ada presentation group, berhempas pulas saya menyiapkanya bersama group member Iza, Hafedz dan Fuad semalam, pagi ni biarlah org lain lak yg bertugas, buat presentation...jgn dia suruh setiap org bercakap sudah ler...petang nih ada waktu untuk persediaan peribadi, bersedia untuk test esok pagi...pastu yahoooooo!!!! kursus habis...thanks pada sesiapa yg banyak menunjukkan ajr saya selama berada didalam kursus nih...thanks Hafedz, Hadri, Shahrul sudi ajar akak buat crash...to Umi jugak Fa, Fairul yg sudi ajar buat kerja kat komputer...sesungguhnya saya memang tak pernah buat pengurusan projek...walaupun banyak yg saya tak berapa faham...tapi ada jugak la ilmu yg bertambah di dada nih...hik hik hik... sekurang-kurang nya saya tahu cam ne nak buat ms projek...hik hik hik...

Love,

Tuesday, March 30, 2010

Arif buat kezutan

Buntat bucuk mak long....Arif Hakim...










Tiba2 Arif nak potong rambut! menangis2 dia kat lantai kedai gunting rambut tu, tak nak keluar, katanya adik nak gumting rambut...mungkin sebab dia tengok si angah dah hensem berambut pendek dan kemas...

Dulu, ibunya citer pernah diorang p ramai2 gunting rambut, si Arif kata abah g la dulu, lepas tu dia suruh angah pulak p dulu...bila sampai turn dia, dia kata "jum alik"......hik hik hik...kecik2 dah pandai auta

Love,

Friday, March 26, 2010

Kursus oh kursus

Hari ni dah masuk hari ke-5 saya berkursus di INTAN Bukit Kiara...rasa panjang sangat kursus ni, tapi tup tup dah 5 hari kat sini...memang dunia sekarang terasa terlalu cepat sangat berlalu, pejam celik dah nak mengakhiri bulan Mac 2010...sebenarnya masih rasa seolah-olah baru semalam kita memperkatakan tentang Y2K....

Saya berkursus selama 3 minggu kali ini.... Kursus Pengurusan Projek.... terus terang saya katakan, saya tak tahu apa-apa pun tentang pengurusan projek ni....tapi tak pe lah...kita belajar, daripada duduk sahaja kan, lebih baik belajar sesuatu....

Love,

Friday, March 19, 2010

Ya Allah....aku bermohon padaMu




Doa Terhindar dari Kesulitan dan Penderitaan

Biismillaahi 'alaa nafsii wa maalii wa diinii, allaahumma radhinii biqadhaa'ika wa baarik lii fiimaa quddiralii hatta laauhibbaa ta'jiila maa akhkharta wa ta'khiira maa 'ajjalta

Artinya : Dengan nama Allah atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusan-Mu dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan ubun-ubunku dalam tangan-Mu, berlakulah atasku hukum keputusan-Mu dan adillah atasku segala taqdirmu. Aku mohon pada-Mu dengan segala nama yang jadi milik-Mu yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluq-Mu, atau yang Kau simpan dalam perbendaharaan ghaib di sisi-Mu kiranya Engkau jadikan kitab al-Quran jadi kesuburan hatiku dan cahaya dadaku serta menjadi tempat melepaskan segala kesusahanku dan menghilangkan dukacitaku. (HR. Ahmad dan Ibnu Gibban)
 
 
 
Doa Mohon Ketenangan Dalam Menghadapi Musibah
Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika


Artinya ; Ya Allah, berilah kami hati yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan dengan-Mu dan ridiha menerima segala ketetapan-Mu



Doa Dimudahkan Segala Urusan


Allaahumma innii as-aluka tamaaman ni'mati fil asy-yaa'I kullihaa wasy syukra laka 'alayhaa hattaa tardhaa wa ba'dar ridhaa, wal khiyarata fii jamii'I maa yakuunu fiihil khiyaratu wa bijamii'I masyuuril umuuri kullihaa laa bima'suurihaa yaa kariimu.

Artinya : Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu kesempurnaan ni'mat pada segala perkara dan mensyukuri-Mu atasnya, sehingga Engkau ridha dan sesudah ridha itu lalu aku mohonkan pula kepada-Mu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih dan dengan segala kemudahannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakannya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia.


Doa Diberi Kesenangan Hidup
Allahumma ashlih lii fii diiniil ladzii huwa 'ishmatu amrii wa ashlih lii dun-yaayal latii fiihaa ma'aasyi wa shlih lii aakhiratil latii fiihaa ma'aadii waj'alil hayaata ziyaadata lii fii kulli khayrin wajalil mawta raahatan lii min kulli syarrin.
Artinya : Ya Allah, baguskanlah untukku agamaku yang jadi pangkal urusanku, baguskan pula duniaku yang jadi tempat penghidupanku, dan baguskanlah akhiratku yang padanya tempat kembaliku nanti, jadikanlah hidup tu menjadi bekal/tambahan bagiku dalam segala kebaikan, serta jadikanlah mati itu pelepas segala keburukan bagiku. (HR. Muslimin)


.....Ya Allah...aku bermohon padaMu..........
 
 

Coba teka 2 apa

Amende ni ek?

benda nih boleh dijadikan alat mencuci pinggan...
dan juga kegunaan waktu mandi...???





Love,