Wednesday, September 16, 2009

Kabus tak dak

Ermmm... pagi ni keluar pergi kerja, saya tak nampak pun kabus, on the way pergi kerja, tak berada didalam kabus...mana 'dia' menghilang....

Seperti yang dijanjikan, saya nak paparkan keindahan kampung saya yakni Raub... Bandar meraup emas...
p/s:
sampai sekarang masih ada operasi meraup emas di sekitar bandar Raub nih.

scenario di belakang rumah...
(ada haruan besar di dalam kolam tu)


Sek. Keb. Gali, Raub, Pahang.
Scenario di hadapan rumah.
Scenario di hadapan Gerai Majlis, Kg. Gali Hilir, Raub, Pahang.
(Emak saya berniaga di Gerai No. 1, Gerai Kak Zaharah - menjual nasi ayam dan nasi campur...
Kalau lalu silalah singgah...hehehehe...promote)
Bandar Raub.
P/s:
Gambar daripada Jurugambar amatur...
.
.
Love,

Beli belah kuih raya

Malam tadi (atau malam semalam...mana2 lah) saya mengoperasikan kuih raya yang baru saya beli petang semalam... Operasi dilakukan secara senyap2, tak leh bagitau ahli rumah yang lain, sat g hang tau la kuih tu tinggai beghapa ja nanti, tak berkuih ghaya la akibatnya....

Hehehehe... walau duit habis beli kuih raya yang mahal tu.... tapi hati saya senang sangat... berbaloi duit yang dikeluarkan...rasa sama padan dengan rupa... :-) Sedap tu wok!

Makcik yang jual kuih raya tu kata, kuih ni dari Johor...bapak jauhnye... patut r sedap, kuih import... (jgn agungkan barangan import...belilah barangan buatan tempatan).

Emak terkejut bila mendengarkan harga kuih raya ni, beratus habis hanya untuk 6 jenis kuih. Mengucap panjang dia, membazir katanya...tapi apabila dia merasa kuih raya yang telah saya keluarkan sedikit tadi, dia tersenyum..."sedap"...."tau tak pe" saya menjawap.... hehehe...

kuih yang menyerupai Tart Nenas
kuih ni seperti kuih Biskut Arab
6 jenis biskut raya yang saya tak tau namanya...

Love,

Tuesday, September 15, 2009

Cantikkan...

Saja saya nak berkongsi gambar ni yang saya dapat daripada email...
Mashaallah cantiknye...

Love,

I Love Chocolate

Hari ini, dah nekad nak beli jugak kuih raya yang saya usha kat Bazar Ramadhan Raub nih.. Walaupun harganya mahal sikit, kau tetap menjadi pilihanku. Tengok aje dah meleleh air liur ni.. Rupa macam sedap jeeee...eee tak sabar nak grab 5, 6, 7, 20 ke... Hanya kuih raya makcik ni yang nampak macam best giler...kebanyakan kuih2 ni berasaskan coklat (memang feveret saya)...ada yang berkacang, ada yang rangup, ada yang menyerupai kek coklat dipotong kecil (empatsegi tepat), ada yang dibaluti dengan susu tepung (macam biskut arab), ada jugak kuih yang menyerupai tart nenas tetapi dohnye berperisa bluberry, manakala intinya macam coklat atau jem blueberry....ermmmmm menyelerakan sungguh.....(raya nanti, tak leh bawa keluar semua, nanti saya yang putih mata)...

(gambar hiasan je)
Love,

Monday, September 14, 2009

Lawak si kakak

"Maklong maklong, 6 hari lagi kita dah nak puasa kan... yeye yeye...."
"Erm... apa kakak?"
- bukan ke sepatutnya kakak cakap cam ni :-
"Maklong maklong, 6 hari lagi kita dah nak raya kan..."

Hahahahahahahaha... geli hati saya bila teringat kembali lawak yang tak tersengajakan oleh anak buah saya yang pertama Nurin Khairunnisa Azhar, pada pagi ahad semalam... selain Uda nye yang selalu buat lawak pada pagi2 buta, dia pun dah pandai buat lawak jugak.. hahahah...dia begitu exited nak habiskan puasa, wannya (neneknya) dah bagi syarat kat diorang, kalau nak duit raya, jangan tinggalkan puasa walaupun 1 hari... kalau tak langsung takkan dapat duit raya tu (wan janji nak bagi RM30.00 seorang).
Setiap pagi bila adiknye si Adib Azrul tu liat nak bangun sahur, mesti dia akan guna ayat keramat wan nya... maka si angah tu pun akan terus bangun dari tidur... dia pun sama tak mahu lepaskan peluang untuk dapatkan duit raya dari wan nya. Tapi bila ditanya kenapa angah beriya2 sangat nak puasa, dia pun jawap "angah nak dapat pahala"...hehehehe.. pandai dia cover.
Sebut pasal puasa, teringat puasa semasa zaman saya berumur 7  tahun (umur angah 7 thn pd thn ni). Saya hanya sempat berpuasa selama 7 hari sahaja... itu pun selang2 2-3 hari... bezanya saya dengan si angah ni... malu pun ada jugak...Tapi diorang ni, puasa atau tidak sama je perangainye... main main main... nak dekat berbuka nanti barulah tertonggeng tido depan tv...hahahaha...adiknye yang bongsu tu pun (Arif Hakim) ikut sama tertido, macam la letih sangat, dia bukannya puasa pun hehehehe...
p/s:
Maklong nye pun ada janji nak bagi duit raya jugak... sehinggit sehari...ok la tu kan.
hhmmm... meriah sungguh puasa pada tahun ni. Sebulan penuh berpuasa dengan si kecik2 sekelian ni kadang kala meletihkan jugak, tapi satu kenangan yang tak kan dapat saya lupakan... hari2 pening dengan perangai masing2 yang degil, nakal, suka menyakat (si kakak la tu), suka menjerit (si Arif la tu- kuatnye dia jerit sampai rasa mcm nak pecah je gelas2 wan kat dapur tu), suka berlakun ("maklong, angah sakit perut la" sambil matanya terkenyit2 mcm sakit benor - akal nak berbuka la tu).... rasa2 nya, dapat ke lagi puasa mcm ni dengan si kecik2 ni pada thn2 akan datang... huhuhuhu... maklong dah nak pindah KL...

Si Arif Hakim yg tak pose...yg suka menjerit
"angah nak dapat pahala"...
Adib Azrul
kakak yang dah pandai buat lawak tak sengaja...
Nurin Khairunnisa
 Kenangan terindah dlm hidup...
Love,

Hobi baru

Semenjak saya duduk di Raub, Pahang ni, saya dapati, saya sangat suka dengan kabus.. keluar je rumah, tengok kabus.. on the way p keje, didalam kabus.. rasa macam duduk kat luar negeri aje.. paling tak pun rasa macam duduk di kawasan tanah tinggi seperti Genting Highland, Cameron Highland atau Fraser's Hill.. heheheh.... tak perlu pergi ke sana untuk menikmati suasana yang nyaman macam ni..
Start daripada situlah, kerana terlalu mengagumi ciptaan Allah, saya mula mengumpul gambar2 tentang kabus..bukannya nak buat apa pun..ada waktu lapang, saya akan tengok kembali gambar2 kabus tersebut..
Di opis, kawan2 pelik dengan hobi baru saya ni..deme kata, tak pernah jumpa orang cam ni...suka sangat ambil gambar kabus...hahahahah...mana tak nya, minat saya ni menjadi2 hinggakan saya sanggup berhenti ditepi jalan ketika memandu,hanya untuk mengambil gambar kabus...mengambil gambar kabus ketika memandu pun sudah menjadi kebiasaan..heheh...bahaya kan? tapi saya memandu dalam keadaan yang sangat berhati-hatila, slow giler sampai beratur kereta kat belakang mengekor saya...kekadang tu, kerana terlalu asyik merakam kabus ni, saya hampir terlambat masuk opis...hehehehe....

p/s:
jangan tiru aksi ini di rumah di jalan.


erm..... ada jugak kereta yang kereta on lampu, yang tak on lampu tu dah pro drive dlm kabus tebal ni...
pemandangan dihadapan rumah... kebun getah Ah So dan Ah Chong...hehehe
hhhmmmm... kabus ni tebal sgt la, nak letak banyak lagi gambar kabus ni, tapi tak boleh plak... tak pe... senang2 nanti saya akan siarkankan jugak gmbr2 tu.
Love,

Friday, September 11, 2009

aaaaaaaaaaaaa..... gegham la.. pening kepala carik fail, client tanya, dah tak leh jawap sebab fail missing in action... risik punya risik, rupa2nye ada kat oghang sebelah... dia boleh jer wat dek bila kite ni bising2 tanya fail... tup tup fail tu kat atas meja dia...eeeeee gheram... sib baik r org tua org veteren, kalau tak...hish! (Sabar sabar, bulan pose ni, kurang pahala kang)..... Jom p bazar!